Hina Sangat Ke MLM?
MLM No Comments »Gila punya tajuk post aku hari ni. Tapi betul ke? Tanya diri sendiri, hina sangat ke perniagaan network marketing ni, atau dalam bahasa kasarnya MLM? Apa yang aku tulis ni berdasarkan beberapa pengalaman aku dan juga beberapa kawan aku yang sama-sama menanam impian untuk berjaya dalam bidang MLM ni. Setelah beberapa minggu aku mendaftarkan diri dalam satu syarikat MLM, dan setelah menemui beberapa orang prospek, yang aku rasa berpotensi besar untuk berjaya dalam perniagaan MLM ni, dapat disimpulkan bahawa seolah-olah mereka semua memandang rendah kuasa network marketing untuk menjana pendapatan sampingan ataupun pendapatan utama. Sedangkan bilionair Donald Trump pun rekoman network marketing. Ada la beberapa orang yang bersetuju yang MLM ni memang baik untuk manjana pendapatan lumayan tapi bila aku tanya nak join ke tak, hanya sengihan laksana kerang busuk sambil mengatakan ” nantilah, tengok dulu macam mana..” sebagai jawapan. Cuma beberapa orang sahaja yang positif dan mahu menyertai MLM sebabagi sumber pendapatan sampingan dan ada la dua orang yang positif untuk menjadikan MLM sbabagi sumber pendapatan utama. Siapa diorang ni? Merela adalah terdiri dari golongan businessman dan berpemikiran entrepreneur. Ya, point aku sekarang ni, hanya golongan yang buat bisnes sahaja seolah-olah nampak potensi besar dalam MLM dan potensi sebesar ini seolah-olah dipandang sinis oleh golongan yang tidak ada pemikiran entrepreneurship. Jangan salah faham ye, aku hanya tulis apa yang aku nampak dan ianya pada pendapat aku sahaja. Jika ada yang terasa, lu pikir la sendiri.
Berbalik kepada beberapa orang yang tak mampu melihat kuasa MLM, aku jadi kesian kepada mereka-mereka ni. Kenapa diorang tak mampu nampak potensi yang mereka ada sedangkan peluang-peluang sudah tersedia didepan mata mereka. Bagi aku, pepatah lama ‘dimana ada kemahuan, disitu ada jalan mungkin tak sesuai dalam keadaan ini. Bagi aku, jalan dah ada, cuma kemahuan je yang ada atau takde. aku hanya dapat menunjukkan jalan, dan terpulanglah kepada mereka-mereka itu untuk melangkah demi kejayaan dan keselesaan hidup mereka sendiri. Tiada paksaan dalam hal ni tapi yang menjadikan aku terkilan adalah pandangan mereka, ataupun mungkin pandangan masyarakat tentang MLM itu sendiri. Aku tahu, mungkin masyarakat tidak disedarkan tentang konsep MLM atau mungkin ada diantara mereka yang pernah mengalami pengalaman pahit join MLM yang tak sepatutnya mereka join.
Satu lagi yang aku dapati ialah ada dikalangan prospek aku adalah terdiri daripada mereka-mereka yang telah ditipu oleh syarikat-syarikat tertentu. Itu satu lagi yang aku kesalkan. Kenapalah mereka sanggup melabur sampai berpuluh ribu ringgit kat skim yang konfirm tipu mereka? Pastu kontek suratkhabar bagitau mereka ditipu. Masalahnya kenapa lah diorang yang bijak pandai ni tak dapat berfikir tentang yang mana betul yang mana tipu? Kang kalau aku kata diorang ni bod** kang marah pulak, tapi tingkah laku sebegitu dengan jelas menunjukkan tahap kebod**an yang amat ketara. Tapi bila aku ajak join MLM, taknak pulak. Padahal modal tak sampai pun berpuluh ribu, seperti yang telah diorang bagi kat skim-skim yang ntahkehapanamanya tu. Tapi aku tau jawapannya. Jawapannya ialah, MALAS! Apa yang diorang tau ialah keuntungan yang cepat dan tak payah berusaha. Come on la! mana ada orang nak bagi duit kalau takde kerja. Mengapalah mereka terlalu malas untuk berusaha demi untuk mereka sendiri, dan dengan baik hatinya bagi duit kat orang lain untuk ditipu? Apa lah yang diorang fikir dalam kepala otak diorang tu?
Bagi aku, MLM adalan salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan yang sangat lumayan, jika kompeninya betul, dan plannya adalah yang terbaik. Apa yang kita mahukan untuk diri kita? Pastilah yang terbaik, betul tak? Sekarang ni aku bawakan kepada kamu semua tentang syarikat MLM yang aku baru join ni. Inilah syarikat MLM yang terbaik seluruh dunia dan memegang title tersebut selama bertahun-tahun. Untuk maklumat lanjut, hantarla komen ke email ke, msg ke kat aku, dan aku akan bagitau kat korang camner. Dan aku gerenti yang kompeni ni adalah kompeni MLM yang terbaik dan aku akan buktikan, bukan setakat cakap kosong je.
p/s : Kalau dah bilionair pun dah suruh buat MLM, korang nak cakap apa lagi? pikir-pikirkan la.